Rabu, 8 Januari 2014

Apa yang Anda Harapkan Apabila Anda Sakit??

Apa yang Anda Harapkan Apabila Anda Sakit???

Anda tidak mungkin boleh jangka bila masa anda akan jatuh sakit. Namun, sekiranya anda jatuh sakit mungkin disebabkan tiba-tiba diserang penyakit samada ringan atau kritikal, disebabkan kemalangan dan diwadkan di hospital, apakah yang anda harapkan??


   1)Nasihat perubatan Terbaik..    2)Rawatan Professional & Pakar...
















3)Perkhidmatan Segera(Cepat&Pantas)     4)Kemudahan&Peralatan Perubatan Terbaik


5) Pemulihan Awal !!!


Kebiasaannya, jika anda jatuh sakit, anda mesti nak tahu secara terperinci bagaimana penyakit tersebut boleh datang kepada anda, bila boleh sembuh dan apa yang perlu anda lakukan untuk kembali sembuh secepat mungkin. Anda pasti mahukan nasihat perubatan yang terbaik untuk diri anda. Selain itu, apabila anda mendapat rawatan professional dan pakar, keyakinan anda pasti bertambah. Ketika anda sakit, anda pasti mahukan perkhidmatan perubatan yang cepat dan pantas tanpa berlengah-lengah supaya penyakit anda tidak bertambah teruk. Kemudahan dan peralatan perubatan yang terbaik mestilah anda mahukan supaya anda selesa apabila diwadkan di hospital. Selain itu, anda pasti mengharapkan sakit anda itu cepat sembuh dan ingin elakkan sakit itu daripada datang semula. Betul kan??? Namun..


Tahukah Anda....


Kos Perubatan & Hospital makin MENINGKAT.



Apa pilihan yang Anda Ada???
 -----------------------------------------------------------------------------

1) KAD KREDIT ???
Sememangnya kad kredit memudahkan anda membayar bil perubatan dengan segera. Namun, disebabkan kos perubatan dan hospital yang tinggi, mampukah anda membayar balik hutang kad kredit tersebut. Bolehkah anda tanggung caj kewangan dengan kadar faedah yang tinggi daripada kad kredit tersebut? Bagaimana jika anda mempunyai kredit dan baki tertunggak? Sudah pasti, beban kewangan anda akan bertambah disebabkan hutang anda bertambah-tambah dan seterusnya tidak dapat diselesaikan.. Lantas, mungkin anda akan diisytiharkan Bankrup/muflis..


2) SIMPANAN SENDIRI ???

















Kebanyakan daripada kita mempunyai simpanan kewangan sendiri. Simpanan amat penting lebih-lebih lagi kalau berlaku apa-apa kecemasan yang memerlukan anda mengeluarkan duit. Namun, bolehkah anda mencapai matlamat kewangan anda jika simpanan anda dikeluarkan?? Sebagai contoh, anda mengumpul wang simpanan bagi memenuhi impian anda sama ada untuk pergi melancong, menunaikan haji atau membeli kereta dan rumah idaman. Tiba-tiba perancangan anda untuk guna duit tersebut bagi memenuhi impian tergendala disebabkan anda jatuh sakit dan dimasukkan wad. Segala simpanan anda untuk penuhi impian terpaksa dikeluarkan untuk menampung kos perubatan & hospital yang tinggi. Berbaloikah?? Dapatkah anda mencapai impian anda semula?? Mungkin ya, tetapi berapa lama and harus simpan semula untuk capai impian anda itu?? Hmm, fikir-fikirkanlah...


3) PINJAM / MINTA BANTUAN RAKAN-RAKAN / SEDARA / ORANG RAMAI ??
Lupakan sahaja hasrat anda untuk meminta bantuan kewangan dari mereka. Mungkin ada yang akan melarikan diri dan memberi beribu-ribu alasan. Mungkin ada yang baik hati mahu menolong, namun berapa banyakkah yang mereka boleh tolong?? Setiap orang masing-masing ada masalah kewangan sendiri. Adakah anda masih mahu meminta bantuan dan menambah beban mereka ini?? Anda pasti akan rasa malu untuk meminta simpati orang lain, betul tak?? Maka, beringatlah.. Bukan senang cari kawan apabila kita terdesak. Carilah alternatif lain yang akan keluarkan anda daripada situasi ini.. Mencegah lebih baik..


4) HOSPITAL KERAJAAN
Biasanya, inilah pilihan nombor satu masyarakat kita. Memang tidak dinafikan memasuki hospital kerajaan tidak memerlukan kos yang banyak kerana ditanggung kerajaan. Namun, disebabkan terlalu ramai orang yang pergi mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, kita terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Jadi, anda haruslah bersabar dan menanggung kesakitan lama-lama sebelum mendapatkan rawatan. Risikonya, sakit anda mungkin bertambah teruk kerana tidak mendapat rawatan dengan segera.. Berapa banyak masa anda telah terbuang hanya untuk menunggu rawatan?? Jangan beranganlah nak dapatkan layanan dan perkhidmatan yang memuaskan hati anda seperti di hospital swasta..


5) PELAN PERUBATAN
















Pelan perubatan sangat berguna disaat anda perlukan rawatan dan diwadkan di hospital. Anda hanya perlu membayar caruman dengan nilai yang kecil dan kerap. Manfaatnya, anda dapat Medikal Kad, terus sahaja boleh berurusan dengan hospital swasta bagi mendapatkan rawatan dan perkhidmatan yang cepat, tanpa memikirkan kos perubatan dan penghospitalan yang mahal. Ini kerana, Takaful telah melindungi anda dengan jumlah tertentu. Pasti anda akan berlapang dada dengan adanya medikal kad. 


Mana satu Pilihan yang Terbaik??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan