Fakta Takaful




Syariah

Makna asal ialah "jalan ke sumber air"
Ia merangkumi keseluruhan undang2 dan peraturan yang mengawal aspek kehidupan manusia yang melangkaui aspek2 perundangan, politik, perniagaan, perbankan, keluarga dan juga masyarakat.


Objektif Syariah

Memastikan sekalian manusia melaksanakan suruhanNya (kebaikan) dan menjauhi laranganNya (kejahatan)


Penerapan Kontrak Syari'ah dalam Perniagaan Takaful

Secara amnya, skim Takaful melibatkan dua pihak iaitu Pengendali Takaful dan sekumpulan Peserta yang biasanya dikenali sebagai pemegang polisi. Contohnya, dua pihak terlibat ialah AIA Public Takaful (pengendali takaful) dan anda (peserta) yang mencarum dalam takaful.

Ringkasnya, kontrak Takaful mewujudkan hubungan 2 pihak di atas dalam beberapa bentuk iaitu Tabarru', Wakalah dan Mudharabah.

# Tabarru'
Bermaksud sumbangan @ derma yang diberikan oleh seseorang yang kemudiannya diberikan kepada orang lain yang memerlukannya, tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Dalam perniagaan takaful, peserta (anda) bersetuju untuk menderma sejumlah wang ke Dana Takaful bedasarkan kontrak tabarru'.

# Wakalah (wakil-mewakili)
Kontrak agensi wujud apabila seseorang itu mewakilkan individu lain menjalankan tugas2 perniagaan bagi pihaknya. Individu yang menerima tugas tersebut dipaggil 'wakil'.

Dalam perniagaan takaful, peserta (anda) melantik Pengendali Takaful (AIA Public Takaful) sebagai wakil anda untuk menguruskan dana dan perlindungan Takaful.

# Mudharabah (berkongsi keuntungan)
Suatu kontrak kewangan dimana pihak pertama (Rabb al-Mal) menyediakan dana kepada pihak yang satu lagi (Mudharib). Mudharib kemudiannya diberi tanggungjawab menguruskan dana berkenaan melalui urusan pelaburan @ perniagaan yang boleh memberi keuntungan. Kedua-dua pihak akan berkongsi keuntungan yang diperolehi mengikut kadar yang ditetapkan.

Dalam perniagaan Takaful, anda mencarum sejumlah wang ke Dana Takaful, sementara AIA Public Takaful bertindak sebagai pengurus dana dan berusaha mencatat keuntungan daripada pelaburan yang dibuat. Anda dan AIA Public Takaful akan berkongsi keuntungan yang diperolehi mengikut kadar yang dipersetujui.


Empat Jenis Risiko Peribadi

Risiko Mati Awal
Risiko Simpanan Tidak Mencukupi Semasa Persaraan
Risiko Kesihatan yang Semakin Buruk
Risiko Kehilangan Pendapatan


Konsep Risiko dalam Islam

Terdapat sebilangan orang Islam yang terkeliru tentang konsep takdir (Qada' dan Qadar), yang mana mereka beranggapan takdir mereka telah ditentukan oleh Allah swt sejak azali lagi dan dengan itu tidak perlu berusaha. Hakikatnya, setiap manusia tetap berkewajipan untuk berusaha dan berikhtiar kerana semua perkara ditentukan oleh Allah tetapi manusia diberi pilihan untuk mencorakkan kesejahteraan hidupnya sendiri. Allah swt berfirman:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib / keadaan sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah keadaan yang ada pada diri mereka." (Al-Quran, 13:11)

Seterusnya, dalam satu riwayat, Nabi Muhammad saw bertanya kepada seorang Badwi yang meninggalkan untanya tanpa ditambat, "Mengapa kamu tidak menambat/mengikat unta kamu?". Orang Badwi itu menjawab, "Aku serahkan takdir dan bertawakkal kepada Allah swt". Nabi Muhammad kemudiannya menjawab, "Ikatkanlah dahulu unta itu, kemudian barulah bertawakkal".

Pengajaran daripada peristiwa diatas mengukuhkan tanggapan bahawa sesungguhnya umat islam bukan sahaja perlu percaya kepada Qada' dan Qadar, tetapi juga menegaskan yang mereka perlu berusaha dan bertawakkal demi mengelakkan malapetaka @ mengurangkan risiko menanggung kerugian.


Definisi Takaful

Berasal daripada kata kerja bahasa Arab kafala yang bermaksud menjaga @ menjamin keperluan seseorang.

Oleh itu, permuafakatan antara sekurang-kurangnya dua pihak yang bersetuju untuk saling jamin-menjamin antara satu sama lain sekiranya berlaku kerugian disebabkan ditimpa bencana @ musibah, ia ditakrifkan sebagai 'Takaful'.

Ringkasnya,Takaful bermaksud gotong-royong di kalangan kumpulan, iaitu setiap ahli kumpulan berusaha untuk membantu orang-orang yang memerlukan dikalangan kumpulan mereka.

Contohnya, anda mencarum dalam Dana AIA Public Takaful, manakala orang lain juga mencarum dalam dana tersebut, sekumpulan anda bersetuju untuk gunakan dana terkumpul untuk membantu sesiapa diantara anda yang ditimpa musibah.

Firman Allah swt:
"Tolong-menolonglah dalam perkara kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara yang menimbulkan permusuhan" (Al-Quran, 5:2)

Sesengguhnya Allah akan sentiasa membantu hambaNya selagi dia membantu orang lain
(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)


Ciri Utama Operasi Takaful

- Pihak AIA Public Takaful bukanlah pihak yang menanggung risiko, tetapi anda dan andalah sebagai peserta yang saling menjamin dan bersetuju melindungi antara satu sama lain.

- AIA Public Takaful adalah syarikat sebagai pemegang amanah bagi pihak anda dalam usaha untuk menguruskan operasi perniagaan Takaful

- Semua sumbangan (premium) yang dibayar oleh anda akan dikumpulkan kedalam Kumpulan Wang Takaful bagi tujuan pembayaran manfaat Takaful.

- Dana Takaful pada masa yang sama boleh dilaburkan dalam mana-mana bidang pelaburan yang diluluskan oleh Majlis Syari'ah.


Kelebihan Takaful

- Memenuhi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dan keluarga
- Menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka yang kurang bernasib baik
- Menjauhi amalan riba (faedah), maisir (perjudian) dan gharar (ketidakpastian) dan elemen2 lain yang dilarang
- Menggalakkan nilai2 moral, etika dan ketelusan dalam semua aktiviti dan operasi perniagaan.
- Melalui derma kebajikan (tabarru') yang dihulur, ia membolehkan anda sebagai peserta Takaful mengabdikan diri kepada Allah swt dan mencapai ketenangan fikiran
- Menggalakkan semangat perpaduan, gotong-royong dan persaudaraan.


Serba sedikit Perbandingan antara Takaful dan Insurans

Jaminan
Takaful   >> bertindak sebagai pengurus dana sahaja. Pesertalah yang saling jamin-menjamin antara satu sama lain.
Insurans  >> Syarikat insurans yang memberi jaminan

Elemen terlarang
Takaful   >> Berlandaaskan prinsip Islam yang bebas daripada elemen terlarang
Insurans  >> Polisi insurans diresapi elemen2 Gharar, Riba dan Maisir.

Pengawasan Syariah
Takaful  >> Akta Takaful 1984 mewajibkan pembentukan Majlis Pengawasan Syariah.
Insurans >> Tiada keperluan mewujudkan Majlis Pengawasan Syariah.

Keuntungan
Takaful  >> Keuntungan dikongsi bersama diantara peserta dan syarikat
Insurans >> Pembahagian keuntungan atas budi bicara syarikat

Tanggungjawab Peserta
Takaful  >> Peserta menghulurkan derma dan bersetuju untuk saling menjamin di bawah skim perlindungan
Insurans >> Peserta membayar premium dan memindahkan risiko kepada syarikat


Kepentingan Ejen Takaful

- mempromosikan produk Takaful bagi pihak Pengendali Takaful (AIA Public Takaful)
- Menerangkan ciri-ciri produk / pelan Takaful kepada bakal pelanggan
- Memberi perkhidmatan berkaitan pengeluaran, pembaharuan atau kesinambungan mana-mana sijil Takaful

Tiada ulasan:

Catat Ulasan